Alhamdulillah baru2 ini saya diberi kesempatan dan rezeki untuk meneroka dan menjelajah negara2 Balkan bermula dari 22 Oktober 2014 hingga 4 November 2014. Secara keseluruhan trip ini memakan masa 14 hari 12 malam. Perjalanan kami bermula dari Athens, Greece dan berakhir di Zagreb, Croatia. Jom lihat map di bawah yang menunjukkan perjalanan yang kami lalui :)
Perjalanan kami melalui 6 negara2 Balkan bermula dari Greece, Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia and Herzegovina serta Croatia.
Kami menaiki Turkish Airlines dari KLIA dan transit di Istanbul untuk meneruskan perjalanan seterusnya ke Athens. Dari Istanbul kami naik Turkish Airlines juga. Ok sekadar review pendek untuk Turkish Airlines, saya boleh bagi 4.5 bintang untuk syarikat penerbangan ini yang memberikan hospitality yang bagus. Cuma saya ada sedikit pengalaman yang tak seronok bilamana water tap dalam toilet diorang tak keluar air! Masa tu saya nak berus gigi dan keluarkan contact lens (nasib baik bukan nak poopoo or shishi opss) Eee menyusahkan orang betul. Terpaksa keluar dan queue kat tandas satu lagi (nasib baik mulut saya belum berbuih2 putih) Tapi servis lain2 memang tip top, makanan yang sedap dan steward2 yang ensem. Haha saya boleh pejam sebelah mata lah kejadian tidak diingini di toilet tadi. Hehehe.
Flight kami dari KLIA ke Istanbul memakan masa 11 jam setengah manakala dari Istanbul ke Athens mengambil masa 1 jam setengah sahaja. Tema penjelajahan ini adalah untuk mengimbas dan melihat sejarah peninggalan kerajaan Ottoman atau lebih dikenali sebagai kerajaan Uthmaniyah yang pernah menawan Semenanjung Balkan pada kurun 15 hingga kurun 18, serta menghayati kehebatan dan keindahan alam ciptaan Allah. Pegi secara backpack style?? Oh tidak...untuk trip ini saya mengikuti pakej tour yang disediakan oleh POTO Travel & Tour. Nak tau pengalaman saya sebaik saja mendarat di Athens, ikuti entry saya yang seterusnya yea.