jom ler

jom ler

6 Jan 2015

Part 1 - Apa yang menarik di Greece ? (Jelajah Balkan)

Day 02 & Day 03 : Athens

Entry sebelumnya (klik sini untuk baca ya) saya ada ceritakan secara umum tentang trip kami dan di mana titik mula perjalanan itu. Dalam entry ini saya akan ceritakan tentang aktiviti lawatan kami yang bermula di Athens.

Sebenarnya selama ini saya tidak begitu tahu sangat tentang bandar Athens ni. Tahu lebih kurang ajer latar belakang tempat ni. Tapi bila saya telah menjejakkan kaki ke sana dan melihat sendiri monumen2 sejarah purba yang ada, perasaan ingin tahu membuak2. Tambahan pula rombongan kami ditemani oleh tour guide yang mahir berkongsi fakta dan sejarah setiap tempat yang dilawati sehinggakan ada di antara ahli rombongan mak jah yang sampai tak larat nak dengar celoteh tour guide ni hahahaha. Mamat tour guide ni bernama Alexander berasal dari Macedonia. Nama pemandu bas ekspres kami pula Shasho, orang Macedonia juga. Kalau nak tengok ensem ke tidak diorang ni, nantikan entry seterusnya yea...hehehe.

Pada hari kami tiba di Athens, hujan turun sekejap2. Dalam perjalanan ke hotel, hujan turun dengan sangat lebat. Mujurlah waktu sampai di Hotel Stanley tempat kami menginap, hujan telah berhenti dan memudahkan urusan pemunggahan beg luggage. Hotel Stanley ni rasanya hotel taraf 3 bintang dan servis serta kemudahan disediakan adalah biasa saja. Kebanyakan hotel di Eropah sebenarnya tidak menyediakan seterika dan cerek elektrik untuk memasak air. Pemanas bilik ada disediakan cuma pengalaman di Athens ni...sebelah malam nak tidur memang menggigil kesejukan kalau tak betul2 pakai selimut hehe. Bila diajukan pertanyaan kenapa kami tak jumpa alat pemanas di dalam bilik, rupanya sistem pemanas bilik hotel mereka menggunakan sistem berpusat (centralised control). Bila kita mintak dihidupkan, mereka kata bukan musim yang sesuai untuk dihidupkan. Tunggu winter baru nak on kot. Haiiii bajet sungguh hotel2 di Athens ni gamaknya...maklumlah negara mereka kan sedang mengalami krisis kewangan. Walau bagaimanapun kami ni tak lah cerewet sangat, yang penting dapat rehat dan tidur dengan selesa itu yang lebih utama.

Athens ialah kotaraya dan bandar yang terbesar di Greece. Ia sebenarnya adalah salah satu kota purba tertua di dunia di mana peradaban awal manusia bermula sejak 3,400 tahun yang lalu di situ. Athens juga dahulu adalah pusat berkembangnya bidang seni, falsafah dan politik yang mana sistem demokrasi dikatakan mula diperkenalkan di sini. Kota ini dahulunya di dalam jajahan kuasa kerajaan Rom sekitar abad ke 2 selepas Masehi dan pernah ditawan kemudiannya oleh kerajaan Islam Ottoman/ Uthmaniah pada tahun 1458. Di Athens ni rasanya tidak ada masjid yang kami jumpa kerana bilangan umat Islam yang sangat sedikit. Tiada masjid lama peninggalan zaman kerajaan Ottoman yang kami temui di Athens, mungkin kerana dari zaman dahulu kala lagi umat Islam tidak berkembang di sini.

Antara monumen purba penting dan paling terkenal  yang kami lawati ialah Accropolis. Kalau saya tak silap, Accropolis merangkumi binaan yang dipanggil Pathethon serta the Temple of Olympian Zeus. Rupa struktur binaan serta tiang seri tempat2 ni lebih kurang sama.


http://www.reviewjom.blogspot.com
Permandangan Accropolis melalui lensa zoom dari Lycabettus Hill


Waktu kami nak melawat Accropolis, hujan turun dengan sangat lebat. Saya dan ahli rombongan ada yang pakai poncho (disposable raincoat) dan ada yang pakai payung. Walaupun hujan kami dengan cekal berjalan kaki memanjat tangga bukit untuk ke Accropolis. Angin pun boleh tahan kuat bertiup sehinggakan payung kawan2 saya habis semua terbalik kelopaknya ke atas. Macam kelakar pun ada hahaha. Hujan yang turun tidak mematahkan semangat kami untuk berselfie. Monopod sentiasa tersedia untuk merakam saat2 kenangan di Accropolis...hehehe.


Ni memang dalam hujan renyai2 tapi wahh! peace....haha


www.reviewjom.blogspot.com
Lantaklah ko poncho nak senget ke...selfie tetap diteruskan :)

Sebelum ke Accropolis, sebelah paginya kami memanjat anak2 tangga ke Lycabettus Hill. Jenuh juga la memanjat, dalam 30 minit juga tapi dengan kadar langkahan yang santai memandangkan majoriti ahli rombongan mak jah terdiri dari golongan pesara dan yang nak hampir bersara (kecuali saya dan 2 orang kawan yang masih muda trang tang tang haha). Mujur tak lama kami termengah mengah tu rupanya ada khidmat cable car...macam kat Penang tuuu. Selepas urusan pembelian tiket selesai, kami pun dengan meriahnya memenuhi gerabak2 cable car. Penuh la gerabak tu dengan ahli rombongan kami sahaja...rasanya cuma ada 3 orang mat saleh duduk di celah2 kami...malu2 gitew.


Ahli rombongan Mak Jah...ceria selalu hehe :D




Steady ajer makcik pakcik nih naik tangga...

Dalam cable car nak naik ke puncak Lycabettus Hill yang tak brapa tinggi tapi view nya sangat ohsem ! :)

Di atas puncak Lycabettus Hill, kami semua terpegun dengan keindahan landskap ciptaan Allah serta panorama kota Athens yang tersusun. Dari kejauhan nampak Accropolis serta Olympic Stadium. Lama juga kami posing dan bergambar tambahan cuaca yang cerah dan baik di sebelah pagi tu.







Secara keseluruhan Athens memang kota yang unik dan menarik terutama kepada mereka yang minat sejarah. Banyak bangunan2 lama yang dikekalkan ciri keasliannya dan kepada mereka yang minat architectural photography boleh la datang sini snap2 gambar. Di Athens kadar lalulintas terutama di tengah2 bandar memang sangat sesak terutama waktu orang pulang dari kerja. Dan mereka pun suka main2 hon bila stress terperangkap dalam kesesakan :).

Sebenarnya ada beberapa tempat lain yang kami lawati dan dalam entry ini dan entry2 yang seterusnya saya cuma dapat highlight dan kongsi berkenaan tempat2 utama saja...kalau nak tau lebih lanjut tentang apa lagi yang menarik di Athens boleh la search di TripAdvisor atau website2 seumpamanya yea.

Setelah menginap 2 malam di Athens, kami bersiap2 untuk meneruskan perjalanan ke Kalambaka, Greece keesokan paginya.

No comments:

Post a Comment