jom ler

jom ler

15 Apr 2016

Reaksi Negatif Orang Melayu Didakwa Tidak Berbisnes Gaya Korporat



Kredit Pic : http://xxhighriskxx.blogspot.com
Saya ada terbaca satu sponsored page di FB tentang seorang tokoh korporat melayu sebuah konglomerat tanahair yang mengadakan seminar tentang bisnes cara korporat. Penulis page tersebut  mempromosikan seminar yang dianjur dan disampaikan oleh tokoh itu. Penulis tersebut memulakan content marketingnya dengan menyalahkan peniaga-peniaga kecil terutamanya bangsa melayu dengan membandingkan dengan peniaga bangsa lain yang lebih berdaya maju dan berwawasan. Katanya peniaga kecil melayu sentiasa berfikiran untuk berniaga kecil-kecilan dahulu kemudian bila sudah lama berniaga baru fikir untuk uruskan secara korporat. Penulis seterusnya mengatakan kebanyakan orang cina pula menjalankan bisnes dengan mentaliti gaya korporat sejak dari awal sehinggalah bisnes itu berjaya dan boleh diwarisi turun temurun ke beberapa generasi. Perbandingan dengan syarikat antarabangsa lain yang mengamalkan cara korporat juga disebut oleh penulis.

Dikhabarkan nanti tokoh tersebut akan berkongsi rahsia kejayaannya dalam membangun dan mengembangkan konglomeratnya yang ada sekarang, dan pelbagai rahsia lainlah. Yang menarik, di bahagian komen begitu ramai netizen yang menulis ketidakpuasan hati mereka berkenaan dakwaan pemikiran ‘kecil’ peniaga-peniaga melayu seperti yang disebut penulis, termasuk mempersoalkan caj seminar yang begitu mahal.

Secara jujur saya faham kenapa ramai yang memberi reaksi negatif. Di dalam industri, konglomerat ini lama diketahui umum bukanlah mempunyai rekod prestasi kewangan yang baik pun. Tambahan lagi, kalau betul hendak membantu bangsa sendiri membangunkan bisnes sehingga menjadi korporat seperti yang diwarwarkan, kenapa meletakkan caj yang begitu mahal ?

Saya tiada niat untuk bercakap soal status prestasi kewangan syarikat milik tokoh ini, apa ‘reasonableness’ tokoh tersebut mengadakan seminar serta caj yang mahal (kalau title pun Tan Sri memang lah rate mahal kot) sebab pada saya dan seperti diketahui umum penganjuran seminar itu sendiri adalah satu bisnes. Jika ada permintaan di situ ada lah penawaran. Tidak salah dan terpulang jika ada yang berminat untuk dengar rahsia-rahsia kejayaan yang akan dikongsi (ada komen menyatakan seminar-seminar bisnes ini akan cakap benda yang sama saja dan sekadar membuang duit, entahlah).  

Apa yang menarik hati saya untuk menulis ialah kenyataan bahawa sikap dan pemikiran peniaga-peniaga melayu yang kecil dan dikatakan tidak berdaya saing.

Jika kita kembali kepada fitrah kita yang sebenar, menjalankan perniagaan sebagai punca rezeki adalah ibadah. Makan gaji juga ibadah. Berniaga adalah sunnah Rasulullah dan mengambil upah juga adalah sunnah (Rasulullah pernah mengambil upah mengembala kambing semasa kecil – maaf saya tidak dapat sertakan rujukan hadith di sini, kalau salah tolong betulkan). Jadi makan gaji sebagai pekerja juga adalah satu ibadah yang mulia.

Sebagai seorang islam, ada adab-adab yang perlu dijaga apabila kita menjalankan perniagaan supaya perniagaan kita diredhai Allah. Etika dan sifat penting dalam menjaga adab-adab tersebut ialah adil (tidak menindas), jujur, amanah, telus, mematuhi perjanjian, tiada unsur riba dan haram, serta tiada unsur ragu-ragu atau ketidakpastian (menjauhi tipu daya) dalam membuat transaksi. Inilah yang sentiasa dititikberatkan oleh peniaga muslim yang betul-betul mengikut syiar islam. Banyak ujian yang bakal dihadapi sepanjang menjalankan perniagaan. Jujurnya, pada saya matlamat seorang peniaga muslim yang sejati bukanlah hendak mengembangkan syarikat hingga menjadi sebuah korporat dan konglomerat yang besar tetapi apa yang penting perniagaan yang dijalankan itu diterima sebagai amal kebajikan dan diredhai Tuhan. Ramai orang berjaya dengan cara masing-masing, mengumpul harta yang banyak, membina empayar bisnes yang besar tetapi itu cuma pencapaian di dunia semata-mata. Apa yang diharapkan oleh peniaga-peniaga kecil melayu yang beragama islam ini sebenarnya adalah barakah dan redha Tuhannya. Besar atau berkembang sesebuah bisnes itu adalah nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan hampir pasti akan disusuli dengan ujian-ujian yang bakal menguji keimanan setiap hambaNya.

Saya tabik dengan adik-adik penjual burger yang mungkin pencapaian akademik tak seberapa kerana itulah sahaja kemampuan mereka. Saya rasa rendah diri bila terpandang pemungut sampah bekerja di awal pagi memungut sampah di kejiranan, dan saya hormat pakcik penjual goreng pisang dan air tepi jalan. Nak cerita, di tempat saya tinggal semasa zaman saya bersekolah dulu tahun 1980an dan 90an, saya selalu membeli goreng pisang seorang pakcik ni. Bersama isterinya, dia jual goreng pisang dan air di tepi jalan tempat bas menurunkan penumpang. Hari ini, dia masih menjual goreng pisang dan air di situ di tempat yang sama cuma yang berbeza dia sekarang sudah punya van, dahulu cuma sebuah kereta Nissan lama. Pakcik dan makcik ni pun kelihatan sudah dimamah usia dan selayaknya berehat sahaja. Kadang-kadang ada anak-anak mereka datang membantu. Disebalik wajah yang dimamah usia, dari raut wajah mereka menzahirkan kepuasan dan berlapang dada dengan rezeki yang diberi Allah.

Bukan saya menentang pemikiran bisnes berinovasi serta bisnes bermatlamat global malah ia sangat-sangat membantu ekonomi negara. Tetapi yang saya suka tekankan adalah kita semua ada pilihan masing-masing. Kita juga ada cabaran masing-masing yang hanya kita dan Allah sang Maha Pencipta sahaja yang tahu. Samada berniaga kecil-kecilan sahaja atau mahu membawa bisnes ke tahap yang lebih berdaya saing juga adalah keputusan kita sendiri. Mahu makan gaji hingga umur 60 juga keputusan kita sendiri. Tetapi untuk membuat perbandingan dan melabel bangsa sendiri lemah adalah sesuatu yang tidak wajar. Saya yakin mungkin penulis tiada niat untuk merendah-rendahkan bangsanya sendiri cuma diharap beliau akan lebih berhati-hati bila menghasilkan content marketing nya di masa yang akan datang.

Pada sesiapa yang berminat mengikuti seminar tersebut, saya alu-alukan dan teruskanlah niat anda demi menimba ilmu. Yang penting, pastikan apa yang ditawar/ dijanjikan itu akan ditunaikan oleh penganjur sesuai dengan harga yang dibayar !

27 May 2015

Perlukah Kemahiran Insaniah (Soft Skill) Anak dibentuk?

Kemahiran insaniah atau di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'soft skill'....ermm apakah kemahiran insaniah ni ?
(photo credit : Idiva.com)
Kemahiran insaniah adalah istilah sosiologi berhubung EQ (Emotional Intelligence Quotient) seseorang individu, berkaitan ciri atau sifat personalitinya, kemahirannya bersosial, berkomunikasi, berbahasa secara bertulis atau bertutur, kebiasaan atau tabiat yang positif, suka bergaul dan optimis dalam kehidupan serta lingkungan sosialnya (Dr. Anwar Ridhwan, 2013).

Mengikut satu kajian rawak ke atas pengambilan pelajar baru di institusi pengajian awam di negara ini, hanya segelintir pelajar sahaja yang dilihat mempunyai kemahiran insaniah yang berkembang sewaktu mereka mula melangkah ke institusi pengajian tinggi.  Majoriti yang lain kurang kemahiran bersosial, hanya bergaul dalam kelompok kecil. Mereka juga tidak dapat berkomunikasi dengan baik, termasuk tidak dapat menuturkan atau menulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris yang gramatis, jelas dan berkesan.

Untuk memperkatakan tentang kemahiran insaniah ini, skopnya adalah luas. Cuba lihat pada anak2 kita, adakah kita melihat adanya perkembangan kemahiran insaniah mereka secara teratur ? Sepatutnya kemahiran ini haruslah dibentuk dan dipupuk sejak dari tadika lagi sehingga lah mereka memasuki menara gading. Apabila mereka mula melangkah kaki ke dunia pekerjaan maka mereka telah disiapkan mental dan fizikal untuk berdepan dengan persaingan di peringkat domestik serta antarabangsa. Generasi inilah yang kita harapkan bakal mendokong dan memakmurkan negara selaras dengan matlamat negara mencapai status negara maju 2020.

Maka sebab itulah sekarang kita mendengar sistem pendidikan negara telah diperbaharui dan ditokoktambah dengan adanya KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan pentaksiran berasaskan sekolah yang tidak lagi memberikan tumpuan kepada peperiksaan semata2. Tapi setakat kemahiran berfikir sahaja tidak mencukupi, kemahiran lain juga patut dititikberatkan seperti kemahiran komunikasi/ interaksi, kaedah berfikir secara kreatif, menaakul secara kritis, berkomunikasi secara berkesan, bekerjasama secara membina, menempuh proses pembelajaran penuh semangat, dan menjalani kehidupan beretika.

Di rumah pula kita sebagai ibubapa harus peka dalam memastikan perkembangan insaniah anak2 dapat dibentuk agar mereka lebih berdikari, banyak membuat rujukan dan mahir bertanya secara konstruktif, bijak bergaul, mahir berkomunikasi baik di kalangan ahli keluarga, guru2 dan rakan2 di sekolah serta berkemahiran menyampaikan maklumat dan tugasan dengan baik dan berkesan...in shaa Allah.

Rujukan :
  1. Berita Harian. Dr Anwar Ridhwan. "Pelajar Kita Masih Tumpul Kemahiran Insaniah". 16 Julai 2013.

6 Jan 2015

Part 1 - Apa yang menarik di Greece ? (Jelajah Balkan)

Day 02 & Day 03 : Athens

Entry sebelumnya (klik sini untuk baca ya) saya ada ceritakan secara umum tentang trip kami dan di mana titik mula perjalanan itu. Dalam entry ini saya akan ceritakan tentang aktiviti lawatan kami yang bermula di Athens.

Sebenarnya selama ini saya tidak begitu tahu sangat tentang bandar Athens ni. Tahu lebih kurang ajer latar belakang tempat ni. Tapi bila saya telah menjejakkan kaki ke sana dan melihat sendiri monumen2 sejarah purba yang ada, perasaan ingin tahu membuak2. Tambahan pula rombongan kami ditemani oleh tour guide yang mahir berkongsi fakta dan sejarah setiap tempat yang dilawati sehinggakan ada di antara ahli rombongan mak jah yang sampai tak larat nak dengar celoteh tour guide ni hahahaha. Mamat tour guide ni bernama Alexander berasal dari Macedonia. Nama pemandu bas ekspres kami pula Shasho, orang Macedonia juga. Kalau nak tengok ensem ke tidak diorang ni, nantikan entry seterusnya yea...hehehe.

Pada hari kami tiba di Athens, hujan turun sekejap2. Dalam perjalanan ke hotel, hujan turun dengan sangat lebat. Mujurlah waktu sampai di Hotel Stanley tempat kami menginap, hujan telah berhenti dan memudahkan urusan pemunggahan beg luggage. Hotel Stanley ni rasanya hotel taraf 3 bintang dan servis serta kemudahan disediakan adalah biasa saja. Kebanyakan hotel di Eropah sebenarnya tidak menyediakan seterika dan cerek elektrik untuk memasak air. Pemanas bilik ada disediakan cuma pengalaman di Athens ni...sebelah malam nak tidur memang menggigil kesejukan kalau tak betul2 pakai selimut hehe. Bila diajukan pertanyaan kenapa kami tak jumpa alat pemanas di dalam bilik, rupanya sistem pemanas bilik hotel mereka menggunakan sistem berpusat (centralised control). Bila kita mintak dihidupkan, mereka kata bukan musim yang sesuai untuk dihidupkan. Tunggu winter baru nak on kot. Haiiii bajet sungguh hotel2 di Athens ni gamaknya...maklumlah negara mereka kan sedang mengalami krisis kewangan. Walau bagaimanapun kami ni tak lah cerewet sangat, yang penting dapat rehat dan tidur dengan selesa itu yang lebih utama.

Athens ialah kotaraya dan bandar yang terbesar di Greece. Ia sebenarnya adalah salah satu kota purba tertua di dunia di mana peradaban awal manusia bermula sejak 3,400 tahun yang lalu di situ. Athens juga dahulu adalah pusat berkembangnya bidang seni, falsafah dan politik yang mana sistem demokrasi dikatakan mula diperkenalkan di sini. Kota ini dahulunya di dalam jajahan kuasa kerajaan Rom sekitar abad ke 2 selepas Masehi dan pernah ditawan kemudiannya oleh kerajaan Islam Ottoman/ Uthmaniah pada tahun 1458. Di Athens ni rasanya tidak ada masjid yang kami jumpa kerana bilangan umat Islam yang sangat sedikit. Tiada masjid lama peninggalan zaman kerajaan Ottoman yang kami temui di Athens, mungkin kerana dari zaman dahulu kala lagi umat Islam tidak berkembang di sini.

Antara monumen purba penting dan paling terkenal  yang kami lawati ialah Accropolis. Kalau saya tak silap, Accropolis merangkumi binaan yang dipanggil Pathethon serta the Temple of Olympian Zeus. Rupa struktur binaan serta tiang seri tempat2 ni lebih kurang sama.


http://www.reviewjom.blogspot.com
Permandangan Accropolis melalui lensa zoom dari Lycabettus Hill


Waktu kami nak melawat Accropolis, hujan turun dengan sangat lebat. Saya dan ahli rombongan ada yang pakai poncho (disposable raincoat) dan ada yang pakai payung. Walaupun hujan kami dengan cekal berjalan kaki memanjat tangga bukit untuk ke Accropolis. Angin pun boleh tahan kuat bertiup sehinggakan payung kawan2 saya habis semua terbalik kelopaknya ke atas. Macam kelakar pun ada hahaha. Hujan yang turun tidak mematahkan semangat kami untuk berselfie. Monopod sentiasa tersedia untuk merakam saat2 kenangan di Accropolis...hehehe.


Ni memang dalam hujan renyai2 tapi wahh! peace....haha


www.reviewjom.blogspot.com
Lantaklah ko poncho nak senget ke...selfie tetap diteruskan :)

Sebelum ke Accropolis, sebelah paginya kami memanjat anak2 tangga ke Lycabettus Hill. Jenuh juga la memanjat, dalam 30 minit juga tapi dengan kadar langkahan yang santai memandangkan majoriti ahli rombongan mak jah terdiri dari golongan pesara dan yang nak hampir bersara (kecuali saya dan 2 orang kawan yang masih muda trang tang tang haha). Mujur tak lama kami termengah mengah tu rupanya ada khidmat cable car...macam kat Penang tuuu. Selepas urusan pembelian tiket selesai, kami pun dengan meriahnya memenuhi gerabak2 cable car. Penuh la gerabak tu dengan ahli rombongan kami sahaja...rasanya cuma ada 3 orang mat saleh duduk di celah2 kami...malu2 gitew.


Ahli rombongan Mak Jah...ceria selalu hehe :D




Steady ajer makcik pakcik nih naik tangga...

Dalam cable car nak naik ke puncak Lycabettus Hill yang tak brapa tinggi tapi view nya sangat ohsem ! :)

Di atas puncak Lycabettus Hill, kami semua terpegun dengan keindahan landskap ciptaan Allah serta panorama kota Athens yang tersusun. Dari kejauhan nampak Accropolis serta Olympic Stadium. Lama juga kami posing dan bergambar tambahan cuaca yang cerah dan baik di sebelah pagi tu.







Secara keseluruhan Athens memang kota yang unik dan menarik terutama kepada mereka yang minat sejarah. Banyak bangunan2 lama yang dikekalkan ciri keasliannya dan kepada mereka yang minat architectural photography boleh la datang sini snap2 gambar. Di Athens kadar lalulintas terutama di tengah2 bandar memang sangat sesak terutama waktu orang pulang dari kerja. Dan mereka pun suka main2 hon bila stress terperangkap dalam kesesakan :).

Sebenarnya ada beberapa tempat lain yang kami lawati dan dalam entry ini dan entry2 yang seterusnya saya cuma dapat highlight dan kongsi berkenaan tempat2 utama saja...kalau nak tau lebih lanjut tentang apa lagi yang menarik di Athens boleh la search di TripAdvisor atau website2 seumpamanya yea.

Setelah menginap 2 malam di Athens, kami bersiap2 untuk meneruskan perjalanan ke Kalambaka, Greece keesokan paginya.

11 Nov 2014

Menjelajah Negara Semenanjung Balkan

Alhamdulillah baru2 ini saya diberi kesempatan dan rezeki untuk meneroka dan menjelajah negara2 Balkan bermula dari 22 Oktober 2014 hingga 4 November 2014. Secara keseluruhan trip ini memakan masa 14 hari 12 malam. Perjalanan kami bermula dari Athens, Greece dan berakhir di Zagreb, Croatia. Jom lihat map di bawah yang menunjukkan perjalanan yang kami lalui :)


Perjalanan kami melalui 6 negara2 Balkan bermula dari Greece, Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia  and Herzegovina serta Croatia.

Kami menaiki Turkish Airlines dari KLIA dan transit di Istanbul untuk meneruskan perjalanan seterusnya ke Athens. Dari Istanbul kami naik Turkish Airlines juga. Ok sekadar review pendek untuk Turkish Airlines, saya boleh bagi 4.5 bintang untuk syarikat penerbangan ini yang memberikan hospitality yang bagus. Cuma saya ada sedikit pengalaman yang tak seronok bilamana water tap dalam toilet diorang tak keluar air! Masa tu saya nak berus gigi dan keluarkan contact lens (nasib baik bukan nak poopoo or shishi opss) Eee menyusahkan orang betul. Terpaksa keluar dan queue kat tandas satu lagi (nasib baik mulut saya belum berbuih2 putih) Tapi servis lain2 memang tip top, makanan yang sedap dan steward2 yang ensem. Haha saya boleh pejam sebelah mata lah kejadian tidak diingini di toilet tadi. Hehehe.

Flight kami dari KLIA ke Istanbul memakan masa 11 jam setengah manakala dari Istanbul ke Athens mengambil masa 1 jam setengah sahaja. Tema penjelajahan ini adalah untuk mengimbas dan melihat sejarah peninggalan kerajaan Ottoman atau lebih dikenali sebagai kerajaan Uthmaniyah yang pernah menawan Semenanjung Balkan pada kurun 15 hingga kurun 18, serta menghayati kehebatan dan keindahan alam ciptaan Allah. Pegi secara backpack style?? Oh tidak...untuk trip ini saya mengikuti pakej tour yang disediakan oleh POTO Travel & Tour. Nak tau pengalaman saya sebaik saja mendarat di Athens, ikuti entry saya yang seterusnya yea.



26 Sept 2014

Hikmah UPSR Bocor

Kesian calon2 UPSR tahun ni yang diuji dengan kebocoran kertas peperiksaan. Calon2 UPSR ni termasuklah anak saya sendiri huhuhu (menangis tak berlagu).

Dah...tak payah nak menangis2, nasik dah jadi bubur...bubur ni kalau lama dibiarkan sampai padat boleh jadi nasi himpit! Geram pun ado neh!!!

Rata2 blog atau website yang saya google mengatakan mungkin ada hikmah yang terjadi di sebalik kejadian ini...tetapi apakah hikmahnya tu tidak pula disertakan. Oleh kerana saya masih baru jer buat review pasal periuk, mari kita review kes kebocoran kertas peperiksaan UPSR yang sangat mangkuk ni (nada orang yang frust) :

Hikmah Pertama

(gambar ihsan dari wikisabah.blogspot.com)

Selepas kejadian ini murid2 sekolah sudah makin arif dan tahu penggunaan kata dasar 'bocor'. Kalau sebelum ni diorang cuma tahu buat ayat "bola getah mainan Azmin sudah bocor" atau "Sudah bocorkah perahu Pak Deris?" maka sekarang mereka telah belajar membina ayat baru iaitu "kertas peperiksaan UPSR kami habis bocor kesemuanya". Ini menandakan sel2 otak mereka sudah semakin berkembang. Dan seperkara lagi yang lebih menarik, mereka juga sudah mula faham apa itu maksud "rahsiamu, rahsiaku jua" dan "tiada rahsia antara kita". 

Hikmah Kedua

(gambar ihsan dari buasirotak.blogspot.com)
 Murid2 sekarang sudah tahu kehebatan handphone dan smartphone yang boleh membocorkan kertas soalan dan meledakkan fenomena baru di Malaysia iaitu "Udah Periksa Suruh Repeat" (UPSR). Selepas ini murid2 akan lebih peka dan mahu jadi lebih kreatif (pun boleh jadi glamer) dengan meluaskan penggunaan handphone atau smartphone. Mereka sudah melihat contoh terbaik tahap kreativiti sesetengah guru2 mereka. Tunggulah, tak lama lagi budaya selfie akan menjadi lapuk...dan bakal muncul budaya baru yang kita orang dewasa pun tak mampu menjangka. Waahh...tak sabar nak tunggu dan lihat bagaimana kreatif pula anak2 kita !

Hikmah Ketiga

(gambar ihsan dari skphjtaib.blogspot.com)
 Jika di kelas guru2 mengajar tentang nilai2 murni, sekarang murid2 telahpun diajar secara praktikal tentang nilai2 murni itu sendiri iaitu integriti, ketelusan, kepimpinan dan amanah (ada lagi kalau nak sebut tapi cukuplah empat). Sistem pendidikan Malaysia terbukti telah berjaya melalui satu lonjakan paradigma dengan memperkenalkan metodologi pembelajaran terbaru yang sangat praktikal. Melalui kaedah pembelajaran terbaru ini murid2 akan lebih mudah ingat dan bakal menjadikan kisah benar  ini sebagai contoh pedoman dan panduan sebagai pemimpin masa hadapan.

Hikmah Keempat

(gambar ihsan dari firstcovers.com)

Murid2 sekarang sudah sedar yang hakikatnya ibubapa mereka, guru2 tuisyen mereka malah guru2 sekolah mereka sendiri mahu menyampaikan satu mesej yang sangat penting : betapa pentingnya untuk dapat result 5A kerana itulah titik tolak kejayaan dalam hidup. Buatlah apa sahaja asalkan result 5A itu dapat dicapai yea anak2. Kalau dapat soalan bocor, alhamdulillah....rezeki namanya tu. Sekarang mereka juga sudah mula lebih faham maksud 'kiasu' yang dikatakan lebih sinonim dengan Singapura.

Hikmah Kelima

(gambar ihsan dari mysktm2.edu.my)
 Hikmah yang terakhir, murid2 kita telah diajar erti 'tidak putus asa'. Walaupun kebocoran kertas soalan ini memang mendukacitakan, tiada masalah untuk ulang semula peperiksaan tersebut walaupun pihak lembaga peperiksaan perlu mengulang semula prosedur2 menghasilkan kertas soalan, guru2 perlu terus mengulangkaji dengan murid2 dan ibubapa terus menerus memberi semangat (ada yang menyambung tuisyen anak2). Mudah2an sikap tidak putus asa ini dapatlah diterapkan dalam diri2 anak2 kita supaya pada masa akan datang mereka akan relax dan cool. Orang Malaysia kita memang sentiasa relax dan cool dalam banyak perkara yang berkaitan dengan pendidikan anak2, peranan institusi kekeluargaan, pembangunan sahsiah tapi kalau perkara2 yang melibatkan hiburan, selebriti, gaya hidup, dan gajet2 terkini mereka tersangat proaktif dan sarat dengan hujah dan idea2.

Maka itulah hikmah2 yang dapat saya rumus dan ulas di sini. Teruskan usaha dan moga2 anak2 kita yang mengambil ulangan kertas UPSR akan mencapai keputusan yang cemerlang okay ! 

20 Sept 2014

Kelebihan Membakar Kek Dengan Periuk Ajaib

Baru2 ni saya ke Chow Kit untuk beli gajet dapur terbaru....tadaaaaa !! Periuk Ajaib Generasi ke2 jenama Menang Glassware. Nah, tengok gambar dia kat bawah ni :


Saya memang teruja sangat bila kawan2 cerita periuk ni memang bole buat macam2. Ada yang kata boleh panggang ayam, bakar kek, buat biskut, masak gulai....kesemuanya menggunakan periuk yang satu nih....iye ke ? Bila tinjau di website www.menang.com.my memang nampak macam best jer kan.

Disebabkan harganya yang mampu milik yakni RM168 (orait la...takde lah mahal sangat kot sampai tiga empat ratus hingget kann kann) maka saya pun cepat2 membeli. Pagi beli....petang terus kasi test. Anak tekak ni memang dah lama teringin nak makan carrot cake, apalagi...singgah kedai terus beli tepung bancuhan ready made.Hehe...ringkas dan cepat, tak kuasa nak ayak2 tepung bagai....cuma masukkan karot parut, walnut, raisin, telur dan minyak matahari. 

Kalau kita nak guna periuk ajaib ni untuk bakar kek, kena pastikan ada pelapik rak besi dan dulang pembakar spesel. Dulang pembakar ni eksesori tambahan dan kita kena beli ler. Tak mahal, dalam enam hingget lebih jek. Memandangkan periuk ajaib ni ketinggiannya tak seberapa, maka dulang pembakar tu memang rendah....disebabkan itu saya akan bakar dua kali dan kek saya memang confirm double decker.  Ni rupa carrot cake saya lepas siap dibakar :  



Ni kes malas nak sapu cheese cream banyak2...ala kadar jadilah, sendiri yang nak makan pun hehe. Tapi rasanya memang fabulous (cakap omputeh la plok).  


Seminggu lepas buat carrot cake, anak sulung saya mintak buatkan blueberry cake. Wahhh kemain budak2 ni....main order jer kann hehe. Sebenarnya dek kerana sibuk dan hobi utama adalah menjahit, dah 2 tahun rasanya saya tak masak kek. Salah satu sebab ialah leceh nak bakar kek guna oven yang ada kat rumah tu....penuh dengan barang2, hehe standardlah....pantang ada ruang kosong kat dapur tu, ada jer peluang nak sumbat dan isi barang2 plastik, sudu, bekas plastik...maacam2 ler. Bila nak guna kenalah memunggah barang2 tu dan lepas dah siap guna, nak kena kemas balik. Rasa malas begitu menebal huhu.

Ni dia blueberry cake yang siap dimasak, siap dengan fresh cream topping....perghhh, sedap lemak berkrim heheh. Kredit buat Nana Farhana atas resepi Blueberry Sponge Cake yang lazat !





Kita sebagai ibu memang seronok kalau apa yang kita masak dan hidangkan untuk anak2, anak2 makan dengan penuh semangat. Dek semangat inilah pada cuti hari merdeka 31 Ogos tempoh hari, saya buat julung kalinya cuba membuat kek tiramisu. Dalam masa 2 hari kek tiramisu sudah licin ! Hehe. Resepi kek tiramisu ni saya ambil dari blog Sue Bee untuk resepi sponge cake nya manakala penyediaan yang lain2 saya rujuk pada blog Jacklye.


OK lah, cukup cerita pasal buat dan makan kek, mari saya rumuskan apakah kelebihan dan kekurangan periuk ajaib ni :
  1. Periuk ajaib ni sangat convenient untuk digunakan terutama untuk mereka yang telah menjadikan oven mereka sebagai mini stor menyimpan barang2 kecik hehe. Lagipun kita akan selalu menggunakan periuk ni sebab ia multi tasking...boleh kukus, masak gulai, memanggang dan lain2. Periuk ni kecik ajer sehingga ia boleh disimpan dibelakang pintu dapur atau di sebalik pintu kabinet;
  2. Aspek yang saya paling saya suka ialah ia menjimatkan tenaga. Kalau kita letak atas dapur gas, jangan sekali2 guna api besar atau sederhana besar untuk bakar kek....tak perlu ! Api dapur gas kita tu pastikan pada aras yang paling kecil (kalau kena angin kuat gerenti boleh terpadam....punyalah kecik). Pada pengalaman saya menggunakan oven eletrik di rumah, kadar letrik akan meningkat dengan ketara kalau kerap menggunakan oven letrik. Dengan menggunakan dapur gas dan periuk ajaib untuk membakar kek, penggunaan tenaga adalah di tahap yang sangat minimum;
  3. Periuk ajaib ni senang dicuci dan dibersihkan....mudah dibawa ke sana ke mari. Kegunaannya pun sangat pelbagai, macam saya cakap tadi....very multi tasking hehe;
  4. Setakat kek yang telah saya bakar, in shaa Allah hasilnya sangat memuaskan hati dengan syarat api tidak besar. Kek tak meragam dan naik dengan cantik;
  5. Oleh kerana boleh bakar kek dengan mudah dan bila2 masa, maka ia memudahkan saya untuk kerap mencuba resepi2 baru....dan satu lagi kalau ada tetamu yang datang boleh lah buat kek dan kasi hidang sama itu tetamu.....hehehe, berangan jer dulu ni;
Ada sedikit kekurangan pada periuk ajaib ni :
  1. Kalau anda kategori comel, mungkin periuk ni sedikit berat. Tapi saya pun comel....tak rasa berat pun periuk nih...hehe. Bukan apa, bila nak basuh memang lah kita kena angkat dan pegang periuk ni sambil membasuh. Takde lah susah mana punnn....;
  2. Kadang2 kalau api terlampau kecil, kek mungkin akan lambat sedikit untuk masak berbanding kalau kita menggunakan oven eletrik. Masa yang saya ambil untuk membakar satu kepingan carrot cake ialah sekitar sejam (saya tambah lagi 15 minit sebab nak pastikan kek betul2 masak) manakala kek span saya bakar dalam 40 minit. Jadi saya akan ambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan sebiji kek (2 keping double decker, kalau sekeping nanti tak cukup anak2 den nak makan hehe). 
  3. Kalau rasa nak bakar kek untuk jualan atau berniaga online mahupun offline, jangan lah guna periuk ajaib ni. Mau nanges pelanggan, kek tak sampai2 hihi. Periuk ajaib ni rasanya lebih sesuai untuk menghasilkan kek yang sederhana besar (anggaran 1/2 kg kek dengan syarat bakar 2 kali berasingan);
  4. Saya cadangkan anda beli 2 dulang pembakar sekaligus supaya dapat lebih jimatkan masa. Saya beli satu dulang jer, jadi kena tunggu kek pertama masak dan dikeluarkan dari dulang pembakar....basuh dulu, lap dan sapu minyak...pastu baru boleh bakar kek kedua. Memang melambatkan. Jadi beli dulang pembakar tu dua skali, siap2 yea.

Itu lah ulasan saya. Tapi terpulanglah kan, saya rasa ramai yang selesa menggunakan oven eletrik terutama bila nak bakar kek yang besar. Kalau setakat nak rasa atau bakar kek saiz kecil untuk minum2 petang, boleh lah guna periuk ajaib macam ni. Saya tak pasti kualiti periuk yang berjenama lain seperti Vantage, Happy Mama adakah sama dengan jenama areikan nih. Kalau korang ada komen, sila bagitau yer. 
 
  

5 Sept 2014

TH Hotel & Convention Centre

Saya berkesempatan ke Changlun, Perlis pada 8 Ogos baru2 ni bersama keluarga untuk ziarah pakcik sedara sebelah mak (mak punya sepupu). Pergi tak lama, sampai rumah diorang pukul 9.30am...lepak, rehat dan makan sampai pukul 2.20pm lepas tu barulah kami bergerak balik. Tak berhajat nak bermalam di rumah diorang sebab tak mahu menyusahkan tambah2 plak pakcik sedara saya tu baru sajer kena serangan strok.

Rumah pakcik sedara saya ni betul2 di tengah2 kawasan sawah padi...best oooo. Anak2 dara pingitan saya kemain seronok tengok sawah padi yang menguning. Ni gambar2 diorang.....sangat happening kan...hehe



Dipendekkan cerita kitorang pun turun dari Changlun masuk PLUS Highway dan menuju ke destinasi yang berikutnya iaitu TH Hotel & Convention Centre kerana di situ lah kitorang akan bermalam.


(Gambar ihsan dari internet)

Tidak ada masalah dengan tempat parking sebab kawasan letak kereta memang luas. Kalau parking area depan hotel penuh, bole park di kawasan convention center.

Kitorang check-in bilik jenis family suite. Khidmat kaunter standard ajer...muka ada sinyummm, tak perlu tunggu lama, dan stafnya baik hati (sebab suami saya dah terlupa bawak ID ofis sebagai bukti dia pegawai kerajaan untuk dapat government rate, tapi sebab dah memang muka gomen dapatlah jugak diskaun tu hehe). Kadar bayaran untuk family suite ialah RM390 (ni booking direct ngan hotel), tolak diskaun untuk kakitangan kerajaan cuma bayar RM325). Pasal government rate ni, kita kena rajin tanya sebab kebanyakan hotel tak sebut pasal diskaun tu kalau tak ditanya (berdasarkan pengalaman).

Saya sebenarnya book bilik hotel ni tidak secara online, tapi offline (melalui panggilan telefon). Selalunya kalau setakat tempahan hotel dalam negeri saya lebih suka book melalui panggilan telefon. Kalau travel dengan family ciri keutamaan adalah keselesaan dan kemudahan, dan kita tidaklah terlalu mengharapkan harga termurah. Apa yang saya selalu buat, bila dah kenalpasti lokasi dan hotel yang sesuai (dan yang pastinya hotel tu mesti ada swimming pool - permintaan anak2), terus saya telefon dan buat tempahan. Ramai antara kita selesa membuat tempahan hotel secara online kan. Blog cutikelantan.com ada mengupas kelebihan menempah bilik hotel secara online...awak boleh baca yea.

Family suite ni ada 2 queen bed. Saya tak sempat la nak snap dan share gambar bilik sebab anak2 dah terjun atas katil...dan beg2 bersepah2 letak merata. Geram jekk. Masuk website TH ajer la yea untuk tengok gambar bilik2 yang ada hehe. Memandangkan ini hotel 3 bintang, not much expectation.  Tentang lokasi, hotel ini memang sangat mudah dicari dengan menggunakan GPS. Gerenti tak sesat in shaa Allah. Dan ia memang terletak tidak jauh dari PLUS Highway, dalam 7 minit drive...jadi kalau setakat nak bermalam untuk rehat sebelum memulakan perjalanan jauh, memang lokasi hotel ini sangat sesuai. Hotel ni terletak di laluan sama menuju ke airport Alor Setar. Kalau nak ke airport mesti jumpa hotel ni di sebelah kanan. Di belakang hotel ni adalah kawasan sawah padi yang terdampar luas. Orang KL memang jakunlah dengan persekitaran macam ni kan hehe...orang Kedah tak heran dah...

Bangun2 pagi bukak tingkap...wowww cantiknya view. Tapi sebab duduk tingkat 4 yang tak berapa tinggi, jadi tak nampak lah view airport huhu.
(View pukul 7 pagi...kasi edit sket sebab gamba asal agak golap heee)

Sesuatu yang menarik di TH Hotel ni ialah kolam renangnya. Ada 2 ruang iaitu untuk lelaki dan wanita dan setiap satu ada pool kecik untuk budak. Memang sangat muslimah friendly konsep nih ! Cuma disebabkan konsep tersebut, ruang untuk kolam jadi terhad maka kolam renang di hotel tu agak kecil lah saiznya kalau nak banding dengan kolam2 renang hotel lain. Kalau ramai datang nak mandi kolam, jawabnya jem lah jugak kat kolam renang tu. Masa kitorang di sana, bilik hotel tak berapa penuh sebab musim raya kot jadi kolam renang pun tak ramai pengunjung.

(Suami ngan anak2...maknya malas nak mandi, tengok jer dari jauh)

Sarapan pagi di TH Hotel boleh tahan....saya suka, sebab memenuhi citarasa saya hehe. Menu yang pelbagai, ada tradisional (pulut kuning dan rendang), nasi lemak, kueteow, bubur nasi serta sarapan ala barat (set roti dan jem, omelette, sosej,cereals, guava dan orange juice drinks). Tak lupa juga kuih muih dan kopi serta teh panas. Sangat memuaskan !

Pendek kata, penginapan di TH Hotel memang 'value for money'. Harap pihak Tabung Haji terus berusaha memantapkan lagi servis yea. Hotel ni baru jer dibuka sebenarnya...kalau tak silap tahun 2013, maknanya tahun lepas. Tapi saya dapati kemasan kayu dan pelantar duduk kat kolam renang tu macam dah lekang dan nampak lusuh. Ada lapik kayu nya tu dah ternganga. Harap pihak hotel boleh cepat2 baiki, kalau tak ini sudah tentu boleh mencacatkan mutu servis. Walaupun begitu, keadaan dan faciliti di bilik hotel takde masalah...semua dalam kondisi baru....terbaekk !

Saya bagi lima bintang (5/5) untuk TH Hotel & Convention Centre ! In shaa Allah boleh datang lagi.