jom ler

jom ler

20 Sept 2014

Kelebihan Membakar Kek Dengan Periuk Ajaib

Baru2 ni saya ke Chow Kit untuk beli gajet dapur terbaru....tadaaaaa !! Periuk Ajaib Generasi ke2 jenama Menang Glassware. Nah, tengok gambar dia kat bawah ni :


Saya memang teruja sangat bila kawan2 cerita periuk ni memang bole buat macam2. Ada yang kata boleh panggang ayam, bakar kek, buat biskut, masak gulai....kesemuanya menggunakan periuk yang satu nih....iye ke ? Bila tinjau di website www.menang.com.my memang nampak macam best jer kan.

Disebabkan harganya yang mampu milik yakni RM168 (orait la...takde lah mahal sangat kot sampai tiga empat ratus hingget kann kann) maka saya pun cepat2 membeli. Pagi beli....petang terus kasi test. Anak tekak ni memang dah lama teringin nak makan carrot cake, apalagi...singgah kedai terus beli tepung bancuhan ready made.Hehe...ringkas dan cepat, tak kuasa nak ayak2 tepung bagai....cuma masukkan karot parut, walnut, raisin, telur dan minyak matahari. 

Kalau kita nak guna periuk ajaib ni untuk bakar kek, kena pastikan ada pelapik rak besi dan dulang pembakar spesel. Dulang pembakar ni eksesori tambahan dan kita kena beli ler. Tak mahal, dalam enam hingget lebih jek. Memandangkan periuk ajaib ni ketinggiannya tak seberapa, maka dulang pembakar tu memang rendah....disebabkan itu saya akan bakar dua kali dan kek saya memang confirm double decker.  Ni rupa carrot cake saya lepas siap dibakar :  



Ni kes malas nak sapu cheese cream banyak2...ala kadar jadilah, sendiri yang nak makan pun hehe. Tapi rasanya memang fabulous (cakap omputeh la plok).  


Seminggu lepas buat carrot cake, anak sulung saya mintak buatkan blueberry cake. Wahhh kemain budak2 ni....main order jer kann hehe. Sebenarnya dek kerana sibuk dan hobi utama adalah menjahit, dah 2 tahun rasanya saya tak masak kek. Salah satu sebab ialah leceh nak bakar kek guna oven yang ada kat rumah tu....penuh dengan barang2, hehe standardlah....pantang ada ruang kosong kat dapur tu, ada jer peluang nak sumbat dan isi barang2 plastik, sudu, bekas plastik...maacam2 ler. Bila nak guna kenalah memunggah barang2 tu dan lepas dah siap guna, nak kena kemas balik. Rasa malas begitu menebal huhu.

Ni dia blueberry cake yang siap dimasak, siap dengan fresh cream topping....perghhh, sedap lemak berkrim heheh. Kredit buat Nana Farhana atas resepi Blueberry Sponge Cake yang lazat !





Kita sebagai ibu memang seronok kalau apa yang kita masak dan hidangkan untuk anak2, anak2 makan dengan penuh semangat. Dek semangat inilah pada cuti hari merdeka 31 Ogos tempoh hari, saya buat julung kalinya cuba membuat kek tiramisu. Dalam masa 2 hari kek tiramisu sudah licin ! Hehe. Resepi kek tiramisu ni saya ambil dari blog Sue Bee untuk resepi sponge cake nya manakala penyediaan yang lain2 saya rujuk pada blog Jacklye.


OK lah, cukup cerita pasal buat dan makan kek, mari saya rumuskan apakah kelebihan dan kekurangan periuk ajaib ni :
  1. Periuk ajaib ni sangat convenient untuk digunakan terutama untuk mereka yang telah menjadikan oven mereka sebagai mini stor menyimpan barang2 kecik hehe. Lagipun kita akan selalu menggunakan periuk ni sebab ia multi tasking...boleh kukus, masak gulai, memanggang dan lain2. Periuk ni kecik ajer sehingga ia boleh disimpan dibelakang pintu dapur atau di sebalik pintu kabinet;
  2. Aspek yang saya paling saya suka ialah ia menjimatkan tenaga. Kalau kita letak atas dapur gas, jangan sekali2 guna api besar atau sederhana besar untuk bakar kek....tak perlu ! Api dapur gas kita tu pastikan pada aras yang paling kecil (kalau kena angin kuat gerenti boleh terpadam....punyalah kecik). Pada pengalaman saya menggunakan oven eletrik di rumah, kadar letrik akan meningkat dengan ketara kalau kerap menggunakan oven letrik. Dengan menggunakan dapur gas dan periuk ajaib untuk membakar kek, penggunaan tenaga adalah di tahap yang sangat minimum;
  3. Periuk ajaib ni senang dicuci dan dibersihkan....mudah dibawa ke sana ke mari. Kegunaannya pun sangat pelbagai, macam saya cakap tadi....very multi tasking hehe;
  4. Setakat kek yang telah saya bakar, in shaa Allah hasilnya sangat memuaskan hati dengan syarat api tidak besar. Kek tak meragam dan naik dengan cantik;
  5. Oleh kerana boleh bakar kek dengan mudah dan bila2 masa, maka ia memudahkan saya untuk kerap mencuba resepi2 baru....dan satu lagi kalau ada tetamu yang datang boleh lah buat kek dan kasi hidang sama itu tetamu.....hehehe, berangan jer dulu ni;
Ada sedikit kekurangan pada periuk ajaib ni :
  1. Kalau anda kategori comel, mungkin periuk ni sedikit berat. Tapi saya pun comel....tak rasa berat pun periuk nih...hehe. Bukan apa, bila nak basuh memang lah kita kena angkat dan pegang periuk ni sambil membasuh. Takde lah susah mana punnn....;
  2. Kadang2 kalau api terlampau kecil, kek mungkin akan lambat sedikit untuk masak berbanding kalau kita menggunakan oven eletrik. Masa yang saya ambil untuk membakar satu kepingan carrot cake ialah sekitar sejam (saya tambah lagi 15 minit sebab nak pastikan kek betul2 masak) manakala kek span saya bakar dalam 40 minit. Jadi saya akan ambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan sebiji kek (2 keping double decker, kalau sekeping nanti tak cukup anak2 den nak makan hehe). 
  3. Kalau rasa nak bakar kek untuk jualan atau berniaga online mahupun offline, jangan lah guna periuk ajaib ni. Mau nanges pelanggan, kek tak sampai2 hihi. Periuk ajaib ni rasanya lebih sesuai untuk menghasilkan kek yang sederhana besar (anggaran 1/2 kg kek dengan syarat bakar 2 kali berasingan);
  4. Saya cadangkan anda beli 2 dulang pembakar sekaligus supaya dapat lebih jimatkan masa. Saya beli satu dulang jer, jadi kena tunggu kek pertama masak dan dikeluarkan dari dulang pembakar....basuh dulu, lap dan sapu minyak...pastu baru boleh bakar kek kedua. Memang melambatkan. Jadi beli dulang pembakar tu dua skali, siap2 yea.

Itu lah ulasan saya. Tapi terpulanglah kan, saya rasa ramai yang selesa menggunakan oven eletrik terutama bila nak bakar kek yang besar. Kalau setakat nak rasa atau bakar kek saiz kecil untuk minum2 petang, boleh lah guna periuk ajaib macam ni. Saya tak pasti kualiti periuk yang berjenama lain seperti Vantage, Happy Mama adakah sama dengan jenama areikan nih. Kalau korang ada komen, sila bagitau yer. 
 
  

No comments:

Post a Comment