jom ler

jom ler

26 Sept 2014

Hikmah UPSR Bocor

Kesian calon2 UPSR tahun ni yang diuji dengan kebocoran kertas peperiksaan. Calon2 UPSR ni termasuklah anak saya sendiri huhuhu (menangis tak berlagu).

Dah...tak payah nak menangis2, nasik dah jadi bubur...bubur ni kalau lama dibiarkan sampai padat boleh jadi nasi himpit! Geram pun ado neh!!!

Rata2 blog atau website yang saya google mengatakan mungkin ada hikmah yang terjadi di sebalik kejadian ini...tetapi apakah hikmahnya tu tidak pula disertakan. Oleh kerana saya masih baru jer buat review pasal periuk, mari kita review kes kebocoran kertas peperiksaan UPSR yang sangat mangkuk ni (nada orang yang frust) :

Hikmah Pertama

(gambar ihsan dari wikisabah.blogspot.com)

Selepas kejadian ini murid2 sekolah sudah makin arif dan tahu penggunaan kata dasar 'bocor'. Kalau sebelum ni diorang cuma tahu buat ayat "bola getah mainan Azmin sudah bocor" atau "Sudah bocorkah perahu Pak Deris?" maka sekarang mereka telah belajar membina ayat baru iaitu "kertas peperiksaan UPSR kami habis bocor kesemuanya". Ini menandakan sel2 otak mereka sudah semakin berkembang. Dan seperkara lagi yang lebih menarik, mereka juga sudah mula faham apa itu maksud "rahsiamu, rahsiaku jua" dan "tiada rahsia antara kita". 

Hikmah Kedua

(gambar ihsan dari buasirotak.blogspot.com)
 Murid2 sekarang sudah tahu kehebatan handphone dan smartphone yang boleh membocorkan kertas soalan dan meledakkan fenomena baru di Malaysia iaitu "Udah Periksa Suruh Repeat" (UPSR). Selepas ini murid2 akan lebih peka dan mahu jadi lebih kreatif (pun boleh jadi glamer) dengan meluaskan penggunaan handphone atau smartphone. Mereka sudah melihat contoh terbaik tahap kreativiti sesetengah guru2 mereka. Tunggulah, tak lama lagi budaya selfie akan menjadi lapuk...dan bakal muncul budaya baru yang kita orang dewasa pun tak mampu menjangka. Waahh...tak sabar nak tunggu dan lihat bagaimana kreatif pula anak2 kita !

Hikmah Ketiga

(gambar ihsan dari skphjtaib.blogspot.com)
 Jika di kelas guru2 mengajar tentang nilai2 murni, sekarang murid2 telahpun diajar secara praktikal tentang nilai2 murni itu sendiri iaitu integriti, ketelusan, kepimpinan dan amanah (ada lagi kalau nak sebut tapi cukuplah empat). Sistem pendidikan Malaysia terbukti telah berjaya melalui satu lonjakan paradigma dengan memperkenalkan metodologi pembelajaran terbaru yang sangat praktikal. Melalui kaedah pembelajaran terbaru ini murid2 akan lebih mudah ingat dan bakal menjadikan kisah benar  ini sebagai contoh pedoman dan panduan sebagai pemimpin masa hadapan.

Hikmah Keempat

(gambar ihsan dari firstcovers.com)

Murid2 sekarang sudah sedar yang hakikatnya ibubapa mereka, guru2 tuisyen mereka malah guru2 sekolah mereka sendiri mahu menyampaikan satu mesej yang sangat penting : betapa pentingnya untuk dapat result 5A kerana itulah titik tolak kejayaan dalam hidup. Buatlah apa sahaja asalkan result 5A itu dapat dicapai yea anak2. Kalau dapat soalan bocor, alhamdulillah....rezeki namanya tu. Sekarang mereka juga sudah mula lebih faham maksud 'kiasu' yang dikatakan lebih sinonim dengan Singapura.

Hikmah Kelima

(gambar ihsan dari mysktm2.edu.my)
 Hikmah yang terakhir, murid2 kita telah diajar erti 'tidak putus asa'. Walaupun kebocoran kertas soalan ini memang mendukacitakan, tiada masalah untuk ulang semula peperiksaan tersebut walaupun pihak lembaga peperiksaan perlu mengulang semula prosedur2 menghasilkan kertas soalan, guru2 perlu terus mengulangkaji dengan murid2 dan ibubapa terus menerus memberi semangat (ada yang menyambung tuisyen anak2). Mudah2an sikap tidak putus asa ini dapatlah diterapkan dalam diri2 anak2 kita supaya pada masa akan datang mereka akan relax dan cool. Orang Malaysia kita memang sentiasa relax dan cool dalam banyak perkara yang berkaitan dengan pendidikan anak2, peranan institusi kekeluargaan, pembangunan sahsiah tapi kalau perkara2 yang melibatkan hiburan, selebriti, gaya hidup, dan gajet2 terkini mereka tersangat proaktif dan sarat dengan hujah dan idea2.

Maka itulah hikmah2 yang dapat saya rumus dan ulas di sini. Teruskan usaha dan moga2 anak2 kita yang mengambil ulangan kertas UPSR akan mencapai keputusan yang cemerlang okay ! 

No comments:

Post a Comment