jom ler

jom ler

5 Sept 2014

TH Hotel & Convention Centre

Saya berkesempatan ke Changlun, Perlis pada 8 Ogos baru2 ni bersama keluarga untuk ziarah pakcik sedara sebelah mak (mak punya sepupu). Pergi tak lama, sampai rumah diorang pukul 9.30am...lepak, rehat dan makan sampai pukul 2.20pm lepas tu barulah kami bergerak balik. Tak berhajat nak bermalam di rumah diorang sebab tak mahu menyusahkan tambah2 plak pakcik sedara saya tu baru sajer kena serangan strok.

Rumah pakcik sedara saya ni betul2 di tengah2 kawasan sawah padi...best oooo. Anak2 dara pingitan saya kemain seronok tengok sawah padi yang menguning. Ni gambar2 diorang.....sangat happening kan...hehe



Dipendekkan cerita kitorang pun turun dari Changlun masuk PLUS Highway dan menuju ke destinasi yang berikutnya iaitu TH Hotel & Convention Centre kerana di situ lah kitorang akan bermalam.


(Gambar ihsan dari internet)

Tidak ada masalah dengan tempat parking sebab kawasan letak kereta memang luas. Kalau parking area depan hotel penuh, bole park di kawasan convention center.

Kitorang check-in bilik jenis family suite. Khidmat kaunter standard ajer...muka ada sinyummm, tak perlu tunggu lama, dan stafnya baik hati (sebab suami saya dah terlupa bawak ID ofis sebagai bukti dia pegawai kerajaan untuk dapat government rate, tapi sebab dah memang muka gomen dapatlah jugak diskaun tu hehe). Kadar bayaran untuk family suite ialah RM390 (ni booking direct ngan hotel), tolak diskaun untuk kakitangan kerajaan cuma bayar RM325). Pasal government rate ni, kita kena rajin tanya sebab kebanyakan hotel tak sebut pasal diskaun tu kalau tak ditanya (berdasarkan pengalaman).

Saya sebenarnya book bilik hotel ni tidak secara online, tapi offline (melalui panggilan telefon). Selalunya kalau setakat tempahan hotel dalam negeri saya lebih suka book melalui panggilan telefon. Kalau travel dengan family ciri keutamaan adalah keselesaan dan kemudahan, dan kita tidaklah terlalu mengharapkan harga termurah. Apa yang saya selalu buat, bila dah kenalpasti lokasi dan hotel yang sesuai (dan yang pastinya hotel tu mesti ada swimming pool - permintaan anak2), terus saya telefon dan buat tempahan. Ramai antara kita selesa membuat tempahan hotel secara online kan. Blog cutikelantan.com ada mengupas kelebihan menempah bilik hotel secara online...awak boleh baca yea.

Family suite ni ada 2 queen bed. Saya tak sempat la nak snap dan share gambar bilik sebab anak2 dah terjun atas katil...dan beg2 bersepah2 letak merata. Geram jekk. Masuk website TH ajer la yea untuk tengok gambar bilik2 yang ada hehe. Memandangkan ini hotel 3 bintang, not much expectation.  Tentang lokasi, hotel ini memang sangat mudah dicari dengan menggunakan GPS. Gerenti tak sesat in shaa Allah. Dan ia memang terletak tidak jauh dari PLUS Highway, dalam 7 minit drive...jadi kalau setakat nak bermalam untuk rehat sebelum memulakan perjalanan jauh, memang lokasi hotel ini sangat sesuai. Hotel ni terletak di laluan sama menuju ke airport Alor Setar. Kalau nak ke airport mesti jumpa hotel ni di sebelah kanan. Di belakang hotel ni adalah kawasan sawah padi yang terdampar luas. Orang KL memang jakunlah dengan persekitaran macam ni kan hehe...orang Kedah tak heran dah...

Bangun2 pagi bukak tingkap...wowww cantiknya view. Tapi sebab duduk tingkat 4 yang tak berapa tinggi, jadi tak nampak lah view airport huhu.
(View pukul 7 pagi...kasi edit sket sebab gamba asal agak golap heee)

Sesuatu yang menarik di TH Hotel ni ialah kolam renangnya. Ada 2 ruang iaitu untuk lelaki dan wanita dan setiap satu ada pool kecik untuk budak. Memang sangat muslimah friendly konsep nih ! Cuma disebabkan konsep tersebut, ruang untuk kolam jadi terhad maka kolam renang di hotel tu agak kecil lah saiznya kalau nak banding dengan kolam2 renang hotel lain. Kalau ramai datang nak mandi kolam, jawabnya jem lah jugak kat kolam renang tu. Masa kitorang di sana, bilik hotel tak berapa penuh sebab musim raya kot jadi kolam renang pun tak ramai pengunjung.

(Suami ngan anak2...maknya malas nak mandi, tengok jer dari jauh)

Sarapan pagi di TH Hotel boleh tahan....saya suka, sebab memenuhi citarasa saya hehe. Menu yang pelbagai, ada tradisional (pulut kuning dan rendang), nasi lemak, kueteow, bubur nasi serta sarapan ala barat (set roti dan jem, omelette, sosej,cereals, guava dan orange juice drinks). Tak lupa juga kuih muih dan kopi serta teh panas. Sangat memuaskan !

Pendek kata, penginapan di TH Hotel memang 'value for money'. Harap pihak Tabung Haji terus berusaha memantapkan lagi servis yea. Hotel ni baru jer dibuka sebenarnya...kalau tak silap tahun 2013, maknanya tahun lepas. Tapi saya dapati kemasan kayu dan pelantar duduk kat kolam renang tu macam dah lekang dan nampak lusuh. Ada lapik kayu nya tu dah ternganga. Harap pihak hotel boleh cepat2 baiki, kalau tak ini sudah tentu boleh mencacatkan mutu servis. Walaupun begitu, keadaan dan faciliti di bilik hotel takde masalah...semua dalam kondisi baru....terbaekk !

Saya bagi lima bintang (5/5) untuk TH Hotel & Convention Centre ! In shaa Allah boleh datang lagi.
 

No comments:

Post a Comment